Bismillahhirahmannirahim.

MUKADDIMAH
Make your own free website on Tripod.com

MUKADDIMAH BAB1 BAB2 BAB3 BAB4 BAB5 BAB6 BAB7 BAB8 BAB9 BAB10 BAB11 BAB12

BAB13


TERIMAKASIH KERANA BERTAMU DI HALAMAN INI; ANDA TETAMU YANG KE

Bab 11

Bab 11

 

Seperti yang telah kami bentangkan didalam bab-bab yang lepas, ingin sekali lagi kami menegaskan bahawa kami telah mendapati puak-puak Kristian telah bermati-matian untuk mengajak umat Islam supaya turut serta dengan mereka, dan kini mereka lakukan secara terang-terang dan terbuka pula.Dahulunya mereka hanya menggunakan perkataan Tuhan, maka sekarang mereka telah menukarkan perkataan tersebut kepada sebutan "Allah". Ini tidak lain hanyalah pada hasratnya untuk mengelirukan kita, bahkan kini, telah timbul pula satu kesedaran kepada mereka dimana mereka berkata pula, Yessus bukanlah anak Allah, tetapi satu daripada oknum Allah !.

Apa yang ingin kami memperkatakan disini, ialah kami sesungguhnya telah menolak Jesus, tetapi kami menerima Nabi Isa, kami menolak Moses, tetapi kami menerima Nabi Musa, kami menolak Bible, tetapi kami menerima Injil, begitu juga kami menolak mana-mana perubahan yang telah dibuat keatas kedua-dua kitab tersebut.

Kami juga ingin menjelaskan bahawa bahawa diawal Bab pertama lagi Kristian telah mengakui akan kebenaran Quran, buktinya mereka telah menggunakan beberapa ayat-ayat untuk menguatkan hujah-hujah mereka, maka kami telah memperjelaskan ayat-ayat Quran yang mereka gunakan itu. Mereka cuba berselindung dibalik nombor-nombor ayat, dan cuba memutarbelitkan ayat-ayat tersebut. Cubaan mereka telah kami gagalkan.

Seterusnya, mereka telah mengangkat Bible dengan begitu tinggi sekali, tapi malang sejuta kali malang, niat mereka tidak kesampaian, kami patahkan hujah-hujah mereka dengan menggunakan ayat-ayat dari Bible mereka sendiri,, dan yang lebih penting, kami tunjukan beberapa ratus penipuan yang mereka telah lakukan.

Mereka berbangga dengan konsep-konsep Trinity, penghapusan dosa, dosa awal, dan entah bermacam-macam konsep yang lain, sekali lagi, konsep-konsep tersebut dipatahkan juga dengan Bible mereka sendiri.

Apa sahaja yang mereka lakukan., kami sungkurkan mereka - Mengapa ? Setiap konsep, idologi, ism-ism, falsafah-falsampah, kata-kata hikmat, ataupun kitab bikinan manusia - pasti ada cacat dan celanya, itulah pendekatan yang kami ambil, sebab itulah, kami menulis semua ini, kerana kami ingin memberitahu pada mana-mana insan yang ingin MURTAD, supaya mengkaji kembali, adakah ini ugama yang benar di sisi Allah ?.

Dan bagi yang telah pun Murtad, badingkanlah kemurnian Quran dengan "Bible" yang berkeceramuk, bandingkan hukum-hakam didalam Quran dengan "Bible" yang bercempera, dan teruskan perbandingkan konsep serta idologi-ideologi Quran dengan "Bible" yang haru- biru itu.

Ingatlah, selagi jantung masih bedenyut, selagi akal masih berfungsi, dan selagi hayat di kandung badan, ini mungkin saat yang terakhir buat anda, berbuatlah apa yang anda fikirkan benar, dan ingatlah, pintu taubat masih terbuka luas.

Tugas kami hampir selesai, semua fakta telah kami bentangkan di depan muka anda, dan kami pun berbicara bahasa anda, sekali lagi kami tegaskan jika kamu bercakap dengan Bible, kami juga akan bercakap dengan Bible, kalau kamu cakap dengan ayat-ayat Quran, maka kami juga akan menggunakan ayat-ayat Quran.

Sekarang kami akan kembali kepada kata-kata kamu yang dahulu, biarlah Quran menjadi penentu, iaitu untuk penentukan yang hak dan batil, maka Quran yang menjadi Pembeda itu, akan sekali lagi membeda yang hak dan batil.

(3:3) Dia menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil,

(4:136) Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

Berbalik kepada Nabi Isa, Allah telah menegaskan bahawa Allah telah mengirim Rasul pada setiap umat, dan para-para Rasul dan dan para-para nabi Allah semuanya adalah manusia belaka, yang membezakan mereka dan kita, ialah mereka adalah manusia pilihan dan diberi beberapa mukjizat yang bersesuai dengan masa dan ketika itu, dan kita pula hanyalah manusia biasa.

Tujuan kedua-dua golongan ini dijadikan adalah supaya, umat-umat pada zaman itu menjadikan mereka contoh atau tauladan, idola, atau sebagai role-model untuk diteladani. Dan para-para Rasul dan dan para-para nabi Allah, tidak lain hanyalah menyampaikan amanah Allah, dan awaslah jika perintah ini tidak dituruti :

(28:59) Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.

(7:34) Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

(7:38) Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka". Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui".

(16:84) Dan (ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (rasul), kemudian tidak diizinkan kepada orang-orang yang kafir (untuk membela diri) dan tidak (pula) mereka dibolehkan meminta ma'af.

Pun begitu setiap umat mempunyai rasul mereka sendiri, tetapi Nabi Muhammad mempunyai tanggungjawap yang lebih besar, iaitu baginda menjadi saksi kepada dari zamannya dan sehingga kepada saat berlakunya kimat.

(16:89) (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.

(16:36) Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya]. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

Begitulah setiap rasul hanya menyuruh menyembah Allah dan tidak ada satu rasulpun yang mengaku dia adalah Allah, anak Allah atau sebahagian dari Allah, dan message yang kedua penting ialah supaya jangan menyembah Thaghut !, tetapi perlu difahami kepercayaan serta keimanan kepada Allah tidak berubah sejak dari zaman nabi Adam sehingga nabi Muhammad walaubagaimanapun perbezaan hukum syariat diantara satu umat dan satu umat yang lain adalah berubah, Firman Allah:

(22:67) Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syari'at tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syari'at) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.

(5:72) Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.

Kami amat berhati-hati untuk menggambil ucapan Bible pada kali ini, tetapi ayat-ayat Bible pada kali ini, hanyalah sebagai pembuka minda, perlu juga diperhatikan penafsiran kami lebih terbuka jika dibandingkan pada di bab-bab yang terdahulu. ini kerana kami menggangap fikiran kamu tidak lagi buntu, buntu-buntunya.

Matthew 15 : 24. "Aku tidak diutus melainkan untuk kambing yang hilang dari rumah Israil"

Jesus sekali lagi berkata, dialah tidak lain dan tidak bukan, hanyalah rasul pada zaman umat tersebut, dan tujuanya ialah megembalikan keyakinan serta akidah umatnya pada zaman itu dan pada-pada masa-masa hampir tiba keakhiran umat itu Bible merakamkan John 14:16. "Dan aku berdoa kepada Bapa, dan Dia akan memberi kamu penolong lain, yang akan kekal bersama kamu selamanya".

Kami beranggapan yang mungkin Jesus ingin mengisyaratkan bahawa ada lagi Nabi yang akan datang kepada umat tersebut. sebagaimana Matthew 21:43.

"Oleh kerana itu, kataku kepada kamu, kerajaan Tuhan akan diambil dari kamu, dan akan diberikan kepada satu bangsa yang akan membawa faedah". Kenapa dirujuk pada satu bangsa yang akan membawa faedah ?, Adakah kerana mereka telah me"modified"kan solat mereka ? Psalm 95 : 6. "Wahai kemarilah, mari kita menyembah dan tunduk ke bawah; mari kita sujud kepada Tuhan yang membuat kita"., serta Genesis 17 : 3. "Dan Ibrahim menjatuhkan mukanya di atas tanah; dan Tuhan bercakap-cakap dengannya....." atau telah meninggalkan wudu' sebelum solat mereka, tidak menjalankan perintah Allah atau seperti yang Al Quran merakamkan di ayat (3:80) dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran di waktu kamu sudah (menganut agama) Islam?" dan beratus-ratus pembohongan yang lain ?.

Sekali lagi Bible turut merakamkan Jeremiah 28 : 9

"Nabi yang datang membawa keamanan, apabila kalimat nabi itu akan berlaku, kemudian akan diketahui bahawa dia telah diutus Tuhan", ini menjelaskan lagi bahawa ada lagi nabi selepas Jesus, dan ini sekali lagi diperkukuhkan oleh Matthew 10 : 34. "Jangan fikir bahawa aku datang untuk membawa keamanan di muka bumi ini........."

dan Zephaniah 3 : 9 mengatakan

"Kerana kelak Aku akan memalingkan manusia kepada bahasa yang tulin, bahawa mereka akan memanggil nama yang sama bagi Tuhan, untuk menyembahnya dengan satu persetujuan". Nampak ayat ini sahaja menerangkan bahawa akan ada umat yang akan datang memanggil Tuhan dengan satu nama siapakah umat itu - adakah Kristian yang ada Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Roh Suci, Tuhan Ibu, Johovah, dan entah bermacam-macam nama lagi atau Islam yang memanggil Tuhan mereka hanya dengan satu nama iaitu "Allah".

Ingatkah lagi pada perbingcangan kita pada ayat John 1 : 20 - 21. Dan dia berkata :

Aku bukan Elias. Adakah engkau nabi itu? Dan jawabnya, bukan". dan jika nabi terakhir itu bukan Jesus, bukan Yahya dan bukan juga Elias - jadi, siapakah Nabi yang terakhir yang sedang ditunggu -tunggukan oleh mereka itu ???

Ingatkah lagi pada perbingcangan kita pada Deuteronomy 18 : 18

"Aku akan bangkitkan seorang nabi di kalangan saudara mereka, serupa dengan engkau (Musa), dan akan meletakkan kalimat kalimatKu di dalam mulutnya dan dia akan mengatakannya kepada mereka semua yang aku perintahkan kepadanya".

Siapakah yang "dikalangan saudara mereka" dan "serupa dengan "Musa", yang berkelahiran biasa, yang berkahwin serta mempunyai zuriat, yang berhijrah, yang bertembung dengan musuh dan menghadapi kematian secara biasa - kalau tidak Nabi Muhammad - siapa lagi ??

Sekali lagi ingin kami menegaskan yang Paul adalah yang menganggap bahawa Jesus itu ialah Tuhan, berdasarkan John 1:1, dan dialah juga bertanggungjawap menaikkan status Holy Spirit ketahap ketuhanan, manakala konsep Trinity dibawa oleh, Athanasius, seorang pegawai gereja Mesir dari Iskandariah yang hidup selepas tiga abad selepas Jesus, telah membuat satu Formula untuk mengajar Trinity, dan mengikutnya ujudnya, Tuhan Bapa, Kalimat atau Anak dan Roh Suci (Holy Spirit) adalah tiga unsur yang diintegrasikan menjadi satu Unsur, dan ini mula diterima-pakai oleh Majlis Nicaea pada 325 Masihi, dan pegangan Athanasius, kemudiannya disahkan menjadi pegangan Trinity pada Persidangan Autun disekitar 663 CE.

Dan dengan usul yang dinamakan Demokrasi ini lah maka, ada puak minoriti yang tetap mengatakan Jesus adalah "hamba Tuhan", dikalahkan oleh puak majority. Mengapakah puak Kristian telah "menghilangkan" Bible BARNABAS ?. Adakah ianya mempunyai satu nilai "sejarah" penting yang hendak dihilangkan buat selama- selamanya ?. Mengapa puak Kristian sering melaung-laungkan yang Bible Bernabes, yang mempunyai KERAGUAN, itu mesti "di musnahkan" dari alam ini ?. Dan perhatikanlah dengan mata kita sendiri berbezaan kedua-dua terjemahan tersebut:

Ini dari Bible Bernabas:

Psalm 110:1. "Raja berkata kepada rajaku. Duduklah engkau pada tangan kananKu, hingga Aku menjadikan musuh-musuhmu sebagai pengalas kakimu" Ini dari Bible Moden punya:

Pslam 110:1 "Mazmur Daud. Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu."

Janganlah kita melihat Nabi Daud sepertimana yang digambarkan oleh Bible, anggaplah kita melihat Nabi Daud sebagai seorang nabi yang soleh. Maka menurut ayat ini, ada DUA raja. Ayat ini berkonsep ke'Tuhan'an ini, kerana Nabi Daud hanya mengakui keEsaan Tuhan. Jika raja yang pertama itu Tuhan, pasti raja yang kedua itu bukan lagi Tuhan kerana Nabi Daud itu mengakui Tuhan itu satu. Jadi ayat ini harus ditafsir begini, " Tuhan berkata kepada rajaku.....". Jika raja yang pertama itu Tuhan, siapakah raja yang kedua pula ?

Seandainya ditanya kepada umat Kristian, siapa raja yang kedua itu, mereka dengan bangganya mengatakan raja itu ialah Yesus. Opss.... nanti dulu, Terdapat 3 tempat dalam bible yang mencatitkan penafian Yesus, iaitu: 

Matthew 22 : 43 - 45. Mark 12 : 35 - 37 dan Luke 20 : 41 - 44: "Tetapi Yesus berkata kepada mereka: "Bagaimana orang dapat mengatakan, bahwa Jesus adalah Anak Daud? Sebab Daud sendiri berkata dalam kitab Mazmur: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuh-Mu menjadi tumpuan kaki-Mu. Jadi Daud menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?"

Jadi, Isa menafikan gelaran 'raja' dalam Psalm 110:1. sebab itulah Injil Barnabas di'hilang'kan. Ada pendapat mengatakan bahawa Barnabas meramalkan 'raja' yang dikatakan dalam Psalm atau Mazmur itu merupakan seorang nabi yang akan lahir dari keturunan Nabi Ismail melalui anak keduanya 'Kedar'. Bahkan ada juga pendapat mengatakan nama nabi itu tertulis terang dalam Bible Barnabas. Siapa raja segala nabi? Carilah bukti dari keseluruhan Bible Barnabas yang hilang itu, jika tersebarnya nanti maka akidah seluruh puak Kristian akan hancur berderai, seperti jatuhnya manik-manik hitam yang halus bertaburan di lantai marmar yang putih melepak.

Kerana kurangnya bukti, kita harus mengetahui siapa sebenarnya Barnabas. Dalam The Holy Bible, New King James Version (1982), keterangan mengenai Barnabas terdapat dalam Acts 4:36-37/9:27/ 11:22-25,30/12:25/13:1-13,43-52/14:12,20/15:24. I Corinthians 9:6. Galatians 2:1,9,13, Colossians 4:10.

 

Kesimpulan yang boleh saya buat mengenai Barnabas (mengikut keterangan bible) ialah Barnabas itu seorang pendakwah. Barnabas itu seorang yang ber'hijrah' untuk menyampaikan ajaran yang dibawa Nabi Isa. Dia juga seorang alim. Dia juga pernah memarahi umat zamannya di khalayak ramai kerana mereka melakukan kemungkaran. Barnabas juga seorang pendakwah yang mengajak manusia ke arah menyembah Tuhan. Tidak dinafikan juga bahawa pada zaman Nabi Isa, ada orang-orang beriman yang tidak memalingkan ayat Allah. (3:52) Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.

 

Terjemah Al Qur'an, mereka ini disebut para sahabat Hawariyin. Lalu tanyakan kepada ulamak tertinggi Kristian, atas alasan apa mereka mengatakan Injil Barnabas itu eragukan lantas dihapuskan, bilamana dalam Acts 11 : 24 tertulis begini. " Kerana dia (Barnabas) ialah seorang lelaki yang baik; dan penuh dengan Roh Suci dan keimanan dan banyak orang telah bertambah kepada Tuhan".

Adakah layak untuk menghapuskan keterangan orang yang baik lagi beriman dan mengajak umat manusia ke jalan Tuhan? Mengapa Injil Barnabas harus dihilangkan bila Bible itu sendiri mengakui Barnabas itu seorang yang beriman?

Keluarkanlah, kembali Bible Barnabas, jika mereka orang yang benar - Tentu tindak mungkin bagi puak-puak Kristian ingin menghancurkan amalan Thoghut mereka !

 

 



berhubung dengan kami

penentang dakyah


gbook

ISI BUKU TAMU Guestbook by GuestWorld LIHAT / BACA BUKU TAMU

MUKADDIMAH

MUKADDIMAH BAB1 BAB2 BAB3 BAB4 BAB5 BAB6 BAB7 BAB8 BAB9 BAB10 BAB11 BAB12

BAB13