Bismillahhirahmannirahim.

MUKADDIMAH

MUKADDIMAH BAB1 BAB2 BAB3 BAB4 BAB5 BAB6 BAB7 BAB8 BAB9 BAB10 BAB11 BAB12

BAB13


TERIMAKASIH KERANA BERTAMU DI HALAMAN INI; ANDA TETAMU YANG KE

Soalan pada Kristian ~ jawaplah berlandaskan ayat-ayat Bible

Soalan pada Kristian ~ jawaplah berlandaskan ayat-ayat Bible.

 

 

 

Bible

01. Sebagai individu, apa perasaan kamu dengan ayat Psalm 51:5?

02. Mengapa Bible menyetujui penindasan pada wanita?. (1 Cor 11 dan 1 Tim 2:11-15. )

03. Mengapa Bible menyokong sistem hamba abdi ? ( 1 Peter 2:18. )

04. Dalam Bible secara konstant digambarkan Tuhan sebagai lelaki .. he/him - adakah ini jantina Tuhan anda ?

05. Kenapa 2 Kings 19 sama-seiras, bulat-bulat, macam to Isaiah 37, adakah ini satu photocopy ?

06. Dalam Bible, Tuhan memerintah melancarkan perang tanpa belas kasihan kepada golongan yang tidak seagama denganmu, (Luke 22:36, Deuteronomy 13:8, Exodus 20:23-25, Deuteronomy 20:16, Matthew 10:34, Numbers 31:17-18, dsb). sebagai pengikut, kenapakah kamu tak mengikuti arahan tersebut ?

08. Mengapakah ayat-ayat Bible penuh dengan percanggahan - adakah penulis -penulis, Bible mabuk masa mereka menulis Bible ?

09. Merujuk kepada Matthew 6:5-6, mengapa perlu "berdoa" ditempat awam, tidakah ini munafik namanya ?

10. Isaiah 7:16 seolah-olah mengambarkan sebelum Jesus mencapai umur matang, kedua-dua negara Yahudi akan di musnahkan - Dimanakah ketepatan New Testament?

11. Mengapa setengah hukum-hukum Bible tidak boleh diterima pakai, misalnya hukum kena bunuh, korban bakaran, atau setidak-tidaknya hukum perempuan haid ?

12. Matthew 28:11-15 mengatakan ada pakatan dari Yahudi dan tentera Roman mencuri mayat Jesus, bagaimana Metthew mengetahuinya kerana tidak ada pengakuan dari Yahudi atau tentera Roman yang mengakuinya ? Dan jika ianya satu pakatan, mengapa tidak ada penulis Bible selain dari Metthew menggungkapkanya ? Adakah Metthew pandai mereka-reka cipta ?

13. Matthew berkata masa Jesus masuk ke Jerusalem dia memasuki dengan kaldai betina beserta dengan anaknya (Matt 21:7), mengapa pula (Zech 9:9) mangatakan hanya kaldai betina, dan penulis-penulis Bible yang lain juga mangatakan Jesus hanya memasuki dengan kaldai betina sahaja (Mark 11:7, Luke 19:35, and John 12:15) - Siapakah pembohong disini ?

   

Seks

01. Kenapa sex, (satu nikmat) dikira "jijik", kalau kamu kata tak "jijik" sila rujuk pada Matthew 19:12, 1 Corinthians 7 ( terutamanya ayat 1-9), Galatians 5:17, 1 Thessalonians 4:3, James 1:14-15, Matthew 24:38, Luke 17:27, dan Revelation 14:4.

02. Kenapa Greek Kuno, yang mempunyai "a very liberal sexual morality", mempunyai kadar jenayah seks yang sangat rendah, jika dibandingkan dengan Unite States, dimana 85% rakyatnya adalah Kristian?

03. Kenapa hukum zina didak dilaksanakan ?

04. Kenapa tidak boleh kahwin dengan perempuan yang telah diceraikan ? 05. Kenapa Bible berbau lucah, celupar, dan berbau seks ?

 

 Lain-Lain

01. Kenapa kita mesti menerima "words of the gospel writers" sedangkan mereka adalah pembohong ? ( Romans 3:7).

02. Adakah penganut selain Kristian akan masuk nereka ?

03. Apakah doktrin yang tersangat penting sehingga pergaduhan antara Catholics dan Protestants di Ireland?

04. Apa pendapat kamu tentang Wicca? ("white witchcraft") ?

05. Bila kimat berlaku, adakah Tuhan menggangkat badan ataupun roh simati - ceritakan dengan ayat-ayat "Bible" kamu ?

06. Kenapa cerita Jesus bangun dari kubur ada banyak versi, dan setiap versi tidak sama dengan yang lain - kan yang ada hanya satu Jesus yang disalib ?

07. Masa "pengakuan" ada orang mengadu kehilangan barang pada paderi, dan paderi pun menasihatinya supaya bersabar, seminggu kemudian datang pula orang membuat "pengakuan" pada paderi, "aku lah yang mencuri barang dia", dan paderi pun menasihatinya agar jangan mencuri dilain kali serta memaafinya - Adilkah paderi tersebut ?

08. Kalau paderi pula buat salah, dia buat "pengakuan" pada siapa pula ?

09. Kenapa untuk menjadi Kristian yang baik kamu mesti berdakwah kepada orang lain ? Jika kamu berkata "ya" apa bukti kamu, kalau kamu kata "tidak" sila lihat (Matthew 28:19-20).

10. Mengapa Matthew dan Luke memberi berbezaan salasiah Jesus ?

11. Matthew mengatakan yang ramalan di Matthew 27:7 adalah dari Jeremiah, jelaskan bahawa ramalan itu bukan dari Jeremiah tetapi sebaliknya dari Zechariah (in Zech 11:12)?

12. Kenapa kita boleh "berdoa" tetapi tidak boleh "menyumpah" orang, kedua-dua perbuatan itukan "meminta" kepada Tuhan ?

13. Kenapa ada orang mati dalam tidur dan mati dalam keadaan ngeri, sedangkan orang yang mati dalam tidur itu adalah seorang yang sangat zalim dimasa hayatnya - Adilkah Tuhan kamu ?

14. Kenapa Kristian telah menuduh yang Yahudilah yang telah "membunuh" Jesus, sebaliknya puak Romanlah yang telah "mematikan" Jesus - ( New Testament anti-semetism, 1 Thessalonians 2:15).

 

 

 

 

Begitulah antara soalan-soalan yang kita telah kemukaan kepada puak-puak Kristian, kita juga meminta mereka menjawap dengan ikhlas berpandukan kepada Bible, Sebelum kita menggulung hujah kita, mari kita dengar apa pendapat mereka tentang Triniti.

 

 

Sebenarnya, dalam akidah Triniti, Tuhan terbagi kepada 3 oknum, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Ruh Suci, dan Tuhan Anak - Inilah yang telah di pelopori oleh Paul, orang yang bertanggungjawap me"modified"kan Kristian, dan mahzab Kristian Mariamites yang beranggapan bahawa Mary, ibu Nabi Isa juga adalah Tuhan, disamping Tuhan Anak dan Tuhan Bapa. Malangnya mahzab ini telah di haramkan, kalau tidaknampak gaya, kenalah puak Kristian tambah satu lagi oknum !.

 

Pihak Roman Katholik, Mazhab terbesar Kristian telah pun membuat persiapan untuk menaikan taraf Mary kepada Co-redemptrix (pengampun dosa) dan Mother of God - (Quran telah merakamkannya). Pope John Paul II telah pun digesa untuk mengumumkan Rukun Iman kelima ini(Catholic Marian Gogma) sebelum tahun 2000. Jika ini berlaku, Rukun Iman Kristian kelima ini akan menyatakan Mary ialah Mother of God - Ibu Tuhan Mary ialah Maha Gadis -Ever Virgin Mary sendiri "immaculately conceived" (without sin), Mary naik kelangit dan ditabalkan menjadi "Queen of Heaven and Earth" Mary ialah Mediaterix of all Graces, Co-redemptrix and Advocate", dan puak Kristian Mariamites akan berseronok, kerana meraka merasakan yang akidah mereka betul, kerana pada pandangan mereka "..jika Jesus sebagai Tuhan yang lahir dari perut ibu yang melahirkannya, tentu ibunya ada kaitan dengan ketuhanan atau sebahagian dari Tuhan. Jadi Mary pun adalah Tuhan !.

 

Kristian telahpun ada lagu Doa Hail Mary. "Hail Mary, Mother of God, There Lord is with you...(dan seterusnya)". Kalaulah Jesus sudah berpangkat besar, mestilah ibunya lebih berpangkat besar darinya kan ?

 

Yang amat jelas kesemua puak-puak Kristian malu mengatakan Tuhan ada anak, sebaliknya mereka mengatakan sebagai lambang Tuhan sendiri yang datang memberi rahmat kepada ummat manusia. Oleh kerana Zat Tuhan (Bapa) adalah satu yang misteri atau transcendental, atas kesihan belas kepada ummat manusia yang tidak akan mencapai Zat Tuhan, maka Tuhan menjelma menjadi manusia dalam bentuk Jesus.

 

Trinity ini tidak terdapat langsung dalam Bible, sama ada the Old Testament mahupun New Testament - sila semak Bible sehelai-sehelai.

 

John 1:1. "Pada permulaannya ialah Kalimat, dan Kalimat itu bersama Tuhan, dan Kalimat itu ialah Tuhan" ialah ayat yang sering digunakan oleh pendakyah Kristian untuk membuktikan ketuhanan Yesus. Mereka menganggap "Kalimat itu (Logos) menjadi darah daging and hidup bersama kita"

 

Paul yang menganggap bahawa Jesus itu ialah Tuhan, berdasarkan John 1:1, dan dialah juga bertanggungjawap menaikkan status Holy Spirit ketahap ketuhanan.

 

Kemudian, Athanasius, seorang pegawai gereja Mesir dari Iskandariah yang hidup selepas tiga abad selepas Jesus, telah membuat satu Formula untuk mengajar Trinity, dan mengikutnya ujudnya, Tuhan Bapa, Kalimat atau Anak dan Roh Suci(Holy Spirit) adalah tiga unsur yang diintegrasikan menjadi satu Unsur, dan ini mula diterima-pakai oleh Majlis Nicaea pada 325 Masihi,

 

Pegangan Athanasius, kemudiannya disahkan menjadi pegangan Trinity pada Persidangan Autun disekitar 663 CE, iaitu sebelum kemunculnya Nabi Muhammad lagi.

 

Dalam persidangan ini, ada puak minoriti yang tetap mengatakan Jesus adalah "hamba Tuhan", walaubagaimanapun, puak ini ditentang hebat oleh puak majoriti, akhirnya melalui Demokrasi, maka Majoriti telah memenagi minoriti.

 

Kalau berbalik pada John 1:1. "Pada permulaannya ialah Kalimat, dan Kalimat itu bersama Tuhan, dan Kalimat itu ialah Tuhan" dari sini kita akan dapati ada dua Tuhan disini, iaitu Jesus sebagai Tuhan dan Tuhan kepada Jesus, oleh kerana Bible penuh dengan pencanggahan, maka:

 

01- Deuteronomy 4:39, "... bahawa dia ialah Tuhan di atas langit, di bawah bumi dan di antara keduanya; tiada yang lain"

02- Deuteronomy 6:4, " Dengarlah wahai Israel : Tuhan kita ialah Tuhan yang satu"

03- Isaiah 43:10-11, "... bahawa engkau harus mengetahui dan mempercayai Aku, dan faham bahawa Aku ialah Dia; sebelum Aku tiada Tuhan lain, tiada juga selepas Aku, Aku bahkan Aku, adalah Tuhanmu dan di samping Aku tiada penyelamat "

04- Isaiah 45:18 " Kerana demikian kata Tuhan yang mencipta langit, Tuhan sendiri yang membentuk dan mencipta bumi; dibangunkan olehNya, Dia mencipta tidak sia-sia, dibentuk olehNya untuk dihuni ; Akulah Tuhan; dan tiada Tuhan yang lain".

05- I Timothy 2:5, " Kerana Tuhan itu satu, dan seorang perantara di antara Tuhan dan manusia, MANUSIA itulah ISA"

05- Begitu juga dengan Deuteronomy 4:35, Exodus 8:10, Hosea 13:4. I Corinthians 8:4, Psalms 86:8,89.

06- Matthew 15:9. "Jadikan ini senjata. Isa berkata," Tetapi sia-sia sahaja mereka menyembah aku, dan mengajar doktrin iaitu perintah dari manusia"

 

Berdasarkan ayat-ayat di atas, percanggahan yang ketara cukup jelas. John mengatakan Isa itu Tuhan TETAPI ianya dinafikan oleh ayat-ayat Bible yang lain, walaupun begitu, puak-puak Kristian lebih mempercayai Paul, si ulamak Kristian itu, lebih daripada Bible mereka sendiri !.

 

Kita juga telah membincangkan, semasa dia disalib, pada hujung-hujung nafasnya dia merayu kepada Tuhannya "Tuhanku, Tuhanku, mengapa engkau meninggalkan aku" ( Matthew 27:46), takan pula Tuhan takut mati, atau Tuhan takut disalib, atau Tuhan Anak merayu kepada Tuhan Bapa, yang dianya takut mati!.

 

Kalau kita kembali lagi kepada Triniti - "Tuhan, Jesus, Roh Suci", maka John 5:7-8, " Oleh kerana ada tiga yang menanggung catitan di langit, Bapa, Kalimat dan Roh Suci; dan ketiga-tiga ini adalah satu. Dan ada tiga yang menjadi saksi di bumi, roh, air dan darah; dan ketiga-tiga ini bersetuju dalam satu"

 

Inilah ayat yang konon-kononnya menjadi dalil yang kukuh dalam membentuk Doktrin Trinity. Namun, ayat "Bapa, Kalimat dan Roh Suci; dan ketiga-tiga ini adalah satu" telah dihapuskan dari The Revised Standard Version dan dalam banyak kitab-kitab Injil dewasa ini. ( Mereka padam lagi!) kerana I John 5:7-8, yang terdapat dalam The New American Standard Bible ditulis seperti berikut, "Dan bahawa Roh yang menjadi saksi, kerana Roh itu benar. Tiga yang menjadi saksi, roh air, dan darah, dan ketiga-tiganya dalam persetujuan" dan yang lebih tak logik lagi John 17:21. melaporkan," Bahawa mereka (para murid) semua mungkin satu, sebagaimana engkau, Bapa, di dalam aku dan aku di dalam engkau, bahawa mereka boleh juga menjadi salah satu dari kita......."

 

Apa yang John berkata, Tuhan dan Jesus adalah satu, tetapi para murid juga adalah satu dalam Tuhan dan Jesus. Jika Jesus itu Tuhan kerana dia di dalam Tuhan, mengapa para murid itu bukan Tuhan, kerana mereka juga dalam Jesus dan Tuhan?

 

"JIKA Tuhan, Jesus dan Roh Suci membentuk satu unit Trinity, tentulah jika termasuk para murid (katakan XX) itu, maka mereka akan membentuk satu unit Tuhan dari XX bahagian Trinity.

 

Tetapi ayat John 4:24. " Tuhan ialah Roh....." John 5:37. " .....engkau tidak dapat melihat suaranya dan bentuknya " I Timothy 6:16. " ....ia yang belum pernah dilihat dan tidak boleh dilihat..."

 

Amat jelas, yang Bible sendiri menolak yang Jesus itu adalah Tuhan, inilah ayat-ayat dari Bible kamu, tidak lebih dari itu !

 

Jadi, jika Tuhan tetap Tuhan, Jesus tetap Jesus, maka siapa Roh Suci?

 

Roh suci diterangkan di Matthew 1:18. "Kelahiran Isa adalah seperti ini: Semasa sebaik sahaja ibunya Mariam dinikahkan dengan Yusuf, sebelum mereka bercampur bersama, dia telah didapati mengandungkan anak dari Roh suci"

 

Bandingkan dengan Luke 1 : 26 - 27. "Dan dalam masa enam bulan itu malaikat Jibril telah diutus dari Tuhan kepada kota di Galilee, dinamakan Nazareth, kepada seorang dara yang dinikahkan dengan seorang lelaki yang bernama Yusuf, dari rumah Daud; dan nama dara itu ialah Maryam".

 

Bandingkan! Jelas pada kita dalam keajaiban kelahiran Nabi Isa, Matthew menyebut Roh Suci dan Luke menyebut malaikat Jibril. Kesimpulannya, Tuhan tetap Tuhan, Jesus tetap Jesus, Roh Suci itu malaikat Jibril!

 

Jadi, adakah Trinity itu satu yang benar? Tentu sekali-kali TIDAK, Manakan sama Tuhan, Malaikat dan Manusia adalah satu, ini adalah tiga unsur yang berbeza, dimana Tuhanlah yang menciptakan Malaikat dan Manusia.

 

Bible gagal dalam mencari jalan keluar dalam permasaalah yang mereka peloporinya dahulu, inilah akibatnya menggambil Taurat dan Injil, lalu me"modified"kan untuk meyesuaikan dengan keadaan mereka, dan hasil kerja tangan kotor mereka, maka terbitlah dua kitab baru yang dinamakan Old Testament dan New Testament.

 

Bertambah anih lagi, bila mereka ingin pula beriman dengan kitab karya gubahan mereka, malang dan berjuta kali malang, manakan sama ayat-ayat Tuhan dengan ayat-ayat nukilan manusia, maka dengan sebab itulah ayat-ayat "Bible" terdedah untuk menjadi "shooting target".

 

Tetapi, itu tak menjadi hal pada si Kristian, walaupun fakta demi fakta diberi dihadapan muka mereka, namun bagi kaum yang tidak mahu berfikir, mereka tetap sama, malah mereka menggundang pula satu formula, biar apa pun orang berkata, namun pasti Jesus penyelamat ku.

 

Katakan pula pada mereka, biar apa pun orang berkata, namun tempat bagi orang-orang yang syrik adalah di dalam neraka Allah.

 

 

 

 



berhubung dengan kami

penentang dakyah


gbook

ISI BUKU TAMU Guestbook by GuestWorld LIHAT / BACA BUKU TAMU

MUKADDIMAH

MUKADDIMAH BAB1 BAB2 BAB3 BAB4 BAB5 BAB6 BAB7 BAB8 BAB9 BAB10 BAB11 BAB12

BAB13