amalan sebelum mati

Assalamualaikum !

Sebagai renungan seterusnya untuk saya sendiri, tuan- puan dan yang lainnya, wal aupun ini memang telah diketahui oleh saudara semua tapi sebagai mengulangi saha ja.

Ini saya petik dari buku bertajuk 'KITAB KECIL (SURAH PILIHAN) :-

Firman ALLAH S.W.T., maksudnya :

Sesungguhnya Al- Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang- orang beriman yang mengerjakan amalan yang soleh : Sesung guhnya untuk mereka itu pahala yang besar. (Surah ISRAA' ayat 9)

Firman ALLAH S.W.T., maksudnya :

Dan Kami turunkan di dalam Al-Quran itu sesuatu yang menyembuhkan (penyakit hati ) dan rahmat untuk orang- orang beriman, tetapi yang demikian tiada menambah bag i orang- orang yang aniaya (zalim), melainkan kerugian. (Surah ISRAA' ayat 82)

Rasulullah S.A.W. bersabda :

Bacalah olehmu akan AL_QURAN, sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat sebag ai penolong bagi orang yang membacanya. (Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W. bersabda :

Sebaik- baik kamu ialah sesiapa yang belajar Al- Quran dan mengajarkannya. (Riwa yat Al- Bukhari)

Siti Aisyah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda :

Orang yang membaca Al- Quran lagi mahir, kelak mendapat tempat dalam syurga bers ama para Rasul yang mulia lagi baik dan orang yang membaca Al- Quran tetapi tida k mahir, secara teguh- teguh (gagap dan berat lidah (belum lancar)) ia akan mend apat dua pahala.

Keutamaan akhiran (2 ayat) Al- Baqarah

Abi Mas'ud Al- Badri r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesiapa yang membaca 2 ayat akhiran surah Al- Baqarah dalam satu malam, nescaya sudah memadai baginya.

Kelebihan Surah AL-KAHFI

Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesiapa yang membaca surah Al- Kahfi pada malam Jumaat nescaya dikurniakan kepad anya cahaya yang menerangi antaranya dengan Baitul 'Atiq (kaabah). (Riwayat Musl im, Abu Daud & Tarmidzi)

Dan dalam riwayat yang lain

Sesiapa yang membaca Surah Al- Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan dikurniakan k epadanya cahaya yang meneranginya antara 2 Jumaat.





Make your own free website on Tripod.com