aqidah sahih dan aqidah batil

Assalamualaikum wbh.

Kegawatan demi kegawatan; baik ekonomi, sosial, pembunuhan, perogolan mahupun kerapuhan aqidah bukan berlaku secara kebetulan sahaja. Berlakunya ia adalah sbg amaran dr. Allah supaya umat Islam khususnya diM'sia cepat2 kembali kejln yg benar sebelum terlambat. Gejala kerapuhan Aqidah misalnya, walaupun cuba diredakan dengan alasan2 yg dangkal, spt dlm kes Siti Noraishah, bapanya Hj. Bokhari sungguh kesal dgn kenyataan pihak Pusat Islam yg menyatakan bahwa kes ini adalah masalah percintaan, kes individu dan tak perlu dibesar2kan. Namun begitu, saya berpegang pd pendapat ulamak2 yg berani menyatakan kebenaran, spt. dr. M.B. Mufti Selangor, beliau menyatakan sepatutnya perkara inilah yg perlu diterangkan kpd sekalian rakyat jelata supaya mereka faham betapa pentingnya Aqidah kita ini. Supaya mereka tahu bahwa Aqidah itulah yg merupakan landasan hukum syari'i yg meliputi bidang siasah/politik, ekonomi, sosial, hukum dsb.

Kalaulah nak dicari puncanya kenapa gejala ini berlaku mungkin eloklah kita merujuk pd yg ahli didlm bab ini. Jgnlah hendaknya kita tanya pasal hukum Islam, atau mungkin tafsir Al-Quran dari pakar sakit gigi atau orang yg tak tahu bahwa dirinya sebenarnya tak tahu; akibatnya bila dia merapu mengeluarkan hujjah, maka rosaklah Agama org2 yg mengikutinya. Itu bengong namanya. Bagaimanapun, terdapat beberapa punca yg boleh kita kongsi bersama, antaranya :

1) Dasar kehidupan kita didokong oleh fahaman sekularisme dan Islam yg ada adalah Islam yg dijajah, bukan yg memerintah.. Fahaman yg bermula selepas berlakunya pertembungan pengaruh antara institusi gereja dan para ilmuan telah diterima pakai dibanyak negara umat Islam yg dijajah. Antara pepatahnya yg terkenal ialah, "Berikanlah kepada penguasa apa yg menjadi bahagiannya, dan berikanlah kpd Tuhan apa yg menjadi bhgn Tuhan." Contoh kesannya pd kita hari ini ialah bila berlakunya pemisahan antara lembaga hukum syariat dan lembaga hukum negara. Maka wujudlah sistem perbankan Islam dan sistem perbankan riba'. Di Shah Alamlah ada MAIS, dan disitu jugalah didirikan kilang Carlsberg. Bila nak kahwin/mati panggil ustaz baca do'a, tapi dlm kehidupan harian kita sisih mereka. Hari ini Islam adalah dijajah, memang lumrah dipenghujung zaman Islam akan kembali dagang, spt mana kedatangannya mula2 dulu; dan ia ada kaitannya yg sangat rapat dgn pemerintahan. Sejarah penubuhan negara Islam pertama pd 623 M di Madinah oleh Rasulullah SAW membuktikan politik/siasah adalah sbahagian dr. Islam. Malah penurunan ayat2 Al-Quran pd zaman Madinah adalah berhubung dgn undang2 spt pentadbiran, jenayah, jual-beli, peperangan, dan perdamaian Bahayanya fahaman sekularisme ini ialah ia meracuni pemikiran umat Islam yg menyebabkan pemikiran mereka sempit, perjuangan mereka hanyalah utk bangsa dan negara sahaja. Akibatnya, apabila muncul gerakan atau golongan ulamak yg memperjuangkan Islam secara tulen dan total, mereka ini dituduh ekstrim, fanatik dan radikal tanpa mereka sedari bahwa istilah2 itu mereka ceduk dr. kamus Barat.
Maka tak hairanlah kalau hari ini, di Selangor khususnya bakal2 jutawan Felda Sg. Buaya contohnya boleh dianiaya sebegitu rupa oleh MBnya sendiri. Begitulah juge diKerpan, Kedah; betapa pilunya hati org kampung pabila pabila padi yg sedang menguning yg menjadi harapan menjelang Aidil Fitri dimusnahkan tanpa perikemanusiaan demi pembangunan. Tak kurang pilu juga spt apa yg terjadi pd penduduk2 Kg. Chubadak Sentul, yg majoritinya adalah umat Islam telah dipotong api + air + posmen semata2 atas nama projek Kondominium.

Ini hanya sebahagian contoh kesan dr. berakar umbinya faham sekularisme ini. Bila Agama spt sudah disempitkan pd amalan2 khususi spt ibadat solat, puasa & haji contohnya, maka hilanglah kepentingan Agama dlm kehidupan. Rasuah banyak2 pun tak pe, kutuklah semahu2nya sunnah Nabi, hukum jinayah Islam. Yg sedih bila kata2 yg menimbulkan kekeliruan ini keluar dr. mulut org Islam sendiri ... Fikirkanlah dgn akal yg waras, lihatlah dgn mata hati apa yg sedang terjadi dan bakal terjadi.

Jika kita berterusan begini, dan masih alpa dgn ingatan2 Allah SWT, tunggulah keputusan Allah spt yg tertera dlm Al-Quran. Ingatlah apa yg terjadi di Bosnia Herzegovina, Palestine dan Kashmir pd ketika ini. Dlm hal ini, Rasulullah SAW sendiri pernah mengingatkan umatnya tentang bahaya fahaman ini:
"Bukan dari kalangan aku org yg menyeru ke arah asabiyyah. Bukan dr. kalangan ku org yg berjuang atas dasar asabiyyah dan bukan dr. kalangan ku org yg mati atas dasar asabiyyah."
(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan Nasa'ie)

InsyaAllah, bersambung di lain kali ...





Make your own free website on Tripod.com